PDPA

Notis Perlindungan Data Peribadi bagi TenCate Geosynthetics Asia Sdn Bhd
TenCate Geosynthetics Asia Sdn Bhd dan syarikat-syarikat subsidiarinya termasuk TenCate Geosynthetics Malaysia Sdn Bhd (“TGA”) menghormati dan komited dalam  perlindungan maklumat peribadi anda dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini menjelaskan bagaimana kami mengumpul dan mengendalikan maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

Sila ambil perhatian bahawa TGA mungkin meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memaklumkan kepada anda mengenai sebarang pindaan melalui laman web kami atau melalui emel.

Anda mempunyai hak untuk membuat pilihan untuk tidak membekalkan data peribadi anda dan boleh membatalkan persetujuan anda untuk pengumpulan dan pemprosesan data peribadi. Namun begitu, sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan tertentu yang kami sediakan dan untuk penerusan dengannya mungkin memerlukan pemprosesan data tersebut.


Maklumat Peribadi dan Pengumpulan
Maklumat Peribadi secara umumnya bermakna sebarang maklumat yang boleh mengenalpasti anda. Maklumat Peribadi anda dikumpul dan diproses oleh kami pada permulaan perkhidmatan atau interaksi kami dan, dari masa ke semasa, dalam sepanjang pengurusan atau interaksi kami.

Kami secara umumnya mengumpul Maklumat Peribadi anda terus daripada anda. Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul Maklumat Peribadi mengenai anda apabila anda berurusan dengan kami melalui telefon atau secara persendirian, melalui surat-menyurat (sama ada melalui surat, faks atau emel) atau apabila anda melayari laman web kami.

Apabila anda melayari laman web kami, anda mungkin diminta untuk memberi maklumat tertentu mengenai diri anda sendiri termasuk nama dan butir-butir perhubungan. Kami juga mungkin mengumpul maklumat mengenai penggunaan laman web kami dan juga maklumat mengenai anda dari emel-emel dan/atau surat-surat yang dihantar kepada kami. TGA mungkin akan meminta anda melengkapkan kaji selidik yang kami gunakan untuk tujuan penyelidikan, walaupun anda tidak wajib untuk membalas.

TGA mungkin menggunakan dan menganalisis maklumat yang kami kumpulkan supaya kami boleh mentadbir, menyokong, memperbaiki dan membangunkan perniagaan kami. Khususnya, kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk menghubungi anda untuk pandangan anda mengenai produk, perkhidmatan dan untuk tujuan pemasaran.

Selanjutnya, di mana anda telah memberi kebenaran anda, kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk:

  1. Memberitahu anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan yang kami menawarkan yang mungkin menarik minat anda.
  2. Memaklumkan anda mengenai perubahan dalam produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kami. 
  3. Membolehkan anda mengambil bahagian dalam ciri-ciri interaktif laman web kami, apabila anda memilih untuk berbuat demikian.

Kami mungkin menghubungi anda melalui pos, telefon, faks dan juga melalui emel. Sekiranya anda berubah fikiran untuk dihubungi pada masa hadapan, sila maklumkan kepada kami.


Pendedahan Data Peribadi Anda
Di bawah keadaan tertentu, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga. Pihak-pihak ketiga tersebut adalah seperti berikut:

  1. kepada syarikat-syarikat berkaitan, sekutu, penasihat, kontraktor, vendor atau pembekal perkhidmatan bagi operasi dan penyelenggaraan Laman Web kami atau perniagaan kami, untuk tujuan promosi rentas dan selainnya memberikan sokongan dan perkhidmatan pelanggan kepada anda;
  2. mana-mana orang yang diperlukan bagi maksud perlantikan undang-undang dan/atau transaksi undang-undang termasuk tetapi tidak terhad kepada rakan niaga, penasihat lain, institusi kewangan, badan-badan kawal selia dan lain-lain;
  3. pemproses data kami iaitu pihak ketiga yang kami lantik untuk memproses data peribadi bagi pihak kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penyimpanan arkib, pembekal perkhidmatan masukan data, perkhidmatan sokongan komputer, perkhidmatan pemulihan bencana, bank-bank dan institusi-institusi kewangan dan lain-lain; dan
  4. penasihat-penasihat professional kami termasuk tetapi tidak terhad kepada penasihat undang-undang, penasihat cukai, penasihat kewangan, juruaudit, broker insuran dan lain-lain.

Selanjutnya, kami mungkin juga akan perlu memindah data peribadi anda di luar Malaysia untuk tujuan dan kepada pihak ketiga yang dinyatakan dalam Notis ini.


Komunikasi Pemasaran dan Promosi
Kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi yang diberikan untuk menghantar kepada anda maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan tawaran istimewa atau promosi, surat-surat berita atau borang-borang kajian pelanggan dan soal selidik melainkan anda telah memaklumkan bahawa anda tidak ingin menerima maklumat-maklumat tersebut.

Anda boleh memilih untuk tidak menerima apa-apa komunikasi daripada kami pada bila-bila masa dengan menekan “pautan tidak melanggan” di emel-emel komunikasi yang berkaitan atau menghubungi kami dengan permintaan anda (sila lihat bahagian HUBUNGI KAMI di bawah).


Keselamatan Maklumat Peribadi Anda
Kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk melindungi Maklumat Peribadi yang kami terima daripada anda melalui Laman Web kami daripada penyalahgunaan dan kehilangan dan daripada akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian atau pendedahan. Kami mungkin menyimpan maklumat anda sama ada dalam bentuk elektronik atau salinan cetak atau menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memegang maklumat tersebut bagi pihak kami. Apabila dikehendaki oleh undang-undang terpakai, Maklumat Peribadi akan dimusnahkan atau dinyah-kenalpastikan apabila tidak lagi diperlukan.

Dengan memberikan kami Maklumat Peribadi atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami atau Laman Web kami, anda bersetuju terhadap pemindahan, penyimpanan dan pemprosesan Maklumat Peribadi di mana rangkaian-rangkaian kami, pusat pangkalan data dan sistem kemudahan adalah terletak dan/atau beroperasi, yang mungkin berada di luar negara domisil anda atau lokasi di mana anda mengakses Laman Web kami bagi untuk memberikan Maklumat Peribadi.

Sekiranya TGA memasuki satu usaha sama dengan atau dijual atau digabung dengan entiti perniagaan yang lain, maklumat anda mungkin didedahkan kepada rakan niaga atau pemilik baru kami.


Pengekalan Maklumat Peribadi Anda
TGA akan mengekalkan Maklumat Peribadi anda menurut Notis Privasi ini dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perjanjian(-perjanjian) anda dengan TGA sepanjang tempoh hubungan anda bersama kami, untuk apa-apa tempoh sebagaimana yang perlu untuk melindungi kepentingan TGA yang difikirkan perlu, jika dikehendaki oleh undang-undang dan/atau yang dikehendaki oleh polisi-polisi TGA yang relevan.


Sekiranya Maklumat Peribadi yang Diberikan oleh Anda adalah Tidak Lengkap
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang anda berikan kepada kami adalah tepat, lengkap dan tidak mengelirukan dan bahawa data peribadi ini adalah dikemaskinikan.

Pada tempat yang ditunjukkan (contohnya dalam borang-borang permohonan atau borang pembukaan akaun), ia adalah wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami untuk membolehkan kami memproses permohonan anda untuk produk atau perkhidmatan kami. Sekiranya anda enggan untuk memberikan Maklumat Peribadi wajib tersebut, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan/permintaan anda atau membekalkan kepada anda dengan produk-produk atau perkhidmatan kami.


Hak Anda Untuk Mengakses dan Membetulkan Maklumat Peribadi Anda
Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi anda yang dipegang oleh kami.

Di mana anda ingin mengakses kepada Maklumat Peribadi anda dalam pegangan TGA, atau di mana anda berpendapat bahawa Maklumat Peribadi anda tersebut yang dipegang oleh kami tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemaskinikan, anda boleh membuat permintaan kepada kami dengan menghubungi kami.


Hubungi Kami
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai pemprosesan data peribadi anda,
sila hubungi kami melalui yang berikut:

Business Development Manager
Marketing Division
Tel: 603-5192 8568
Fax: 603-5192 8573
Email: info.asia@tencate.com


Hal-Hal Lain
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara versi Inggeris dan versi-versi bahasa yang lain, terma-terma versi Inggeris ini akan diterimapakai.

Blue fabric (Tecawork Blue 65287)